Pages

BANGKIT LAWAN ICERD

TOLAK RATIFIKASI ICERD

Isu ICERD Satu Analisa.

1. LGE pulangkan isu ini ke TUN MAHATHIR

2. Wayta Moorti tabur fitnah memburukan Malaysia di The Haque katanya itu 10 tahun dulu.

3. DSAI kata ICERD bagus cuma perlaksanaanya perlu ditangguh.

4. AMK kata ICERD baik.

5. Dato' Salehudin kata Amanah menolak ICERD ..tapi komentar Mujahid dan KM Melaka tidak melambangkan solidariti Amanah dalam menolak ICERD

6. Tun M kata sukar utk laksana ICERD perlu 2/3 sokongan dewan utk pinda Perlembagaan

7. Abang MAT SABU diam seribu bahasa...mungkin sibuk perbaiki pesawat TUDM

Semua statement diatas dibuat setelah mereka melihat Umat Islam dan Melayu bersatu menentang ICERD. kerana ICERD bukan isu politik tapi isu Ketuanan dan Kedaulatan Raja2 Melayu, Islam dan Bumiputera.

Keadaan diburukkan lagi bila video Wayta Moorti yang dibuat di Belanda 10 tahun dulu menjadi Viral. Menurut saya video ini telah menjadi "a killing field for PH" yang terusik emosinya bukan PAS atau UMNO tetapi adalah Umat Islam dan Melayu. Kerana tuduhan masyarakat India didiskriminasi, dipaksa masuk Islam untuk mendapat pekerjaan sebagai kakitangan Kerajaan dan 10,000 Kuil telah dirobohkan dan 23,000 menanti waktu.Semua statement diatas tidak ada kesan kepada BN kerana didalam BN ada MIC, MCA dan Gerakan. Tetapi statement beliau sebenarnya menikam tepat kejantung umat Islam dan Melayu.


VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY



Mr. P. Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Video clip ini adalah interview dengan Mr. Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di Eropah.

*DI DALAM INTERVIEW TERSEBUT*

Mr. Waytha Moorthy mengatakan bahawa dia adalah generasi ke-4 orang India yang berhijrah ke Malaysia.

*DIA JUGA MENYATAKAN BAHAWA:*

1. Tiada kebebasan agama di Malaysia.

2. Banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama kalau mahu dilantik sebagai Penjawat Awam atau hendak biasiswa pendidikan.

3. Semenjak kemerdekaan tahun 1957, lebih 10,000 kuil dirobohkan. 23,000 lagi kuil berisiko akan dirobohkan.

4. Kerajaan-Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan hak milik kekal (land title) kepada kuil-kuil ini.

5. Anak-anak India yang berjaya dalam pelajaran tidak mendapat biasiswa.

6. Anak-anak Melayu Islam mendapat 90 peratus tempat di universiti tempatan.

7. Berbillion Ringgit dibelanjakan setahun untuk menaik taraf Ekonomi bangsa Melayu sahaja.


Maka setiap yg masih kental Islam dan ke Melayuanya pasti akan merasa pedih dan sakitnya tikaman itu.Kecuali mereka yg telah tercabut ke Melayuannya atau yang telah kenyang dengan wang dan jawatan tidak akan merasakannya.

Lebih 60 tahun kita layani mereka dengan baik. Memang menjadi adat budaya Islam Melayu meraikan tetamu, dan itulah yg kita lakukan terhadap mereka.

Kenyataan W.Moorty ini seolah2 kita tumpangkan dia dirumah kita, dilayani dgn baik, berkongsi atap dan makan bersama selama 60 tahun tiba dia mengadu ke tetangga bahawa dia diperlakukan dgn buruk sekali.

Kelihatannya Tun M dan DSAI mengambil jalan selamat. Kerana kedua2nya perlukan dukungan DAP utk menempatkan posisi dikerusi M1. Sebb itu kita lihat statement mereka tidak melambangkan mereka menolak ICERD dibimbangi akan melukakan hati Abang Besar yg menjadi King Maker dalam PH.

DSAI cuba mengalihkan isu kemarahan Umat Islam Melayu terhadap ICERD kepada 1MDB  seolah Tun M tidak punya rekod buruk terhadap penyelewengan wang negara.Semuanya telah bersih selepas BN tumbang.

Sepertinya PAS tidak sensitif kepada isu penyalah gunaan kuasa!..kesian bila Melayu mudah lupa....ini zaman Digital..semuanya bisa dijejaki..dimana mahu diletakkan muka bila video lama2 diviralkan kembali......apakah anda menjilat ludah sendiri atau atas kepentingan Politik peribadi anda, anda buat muka tebal,pekakan telinga dan butakan mata dan hati.

Dan yang paling jaguh adalah LGE dan DAP utk memperjuangkan Malaysian Malaysia negara harus lakukan retifikasi ICERD. Melalui wakil Batu Kawan isu ini dibicarakan di Parlimen. Ayam tambatanya adalah Wayta Moorti dan Mujahid. W.Moorti anak Panahnya Mujahid pula menjadi perisai...

Apabila mereka sedar akan kebangkitan umat Islam Melayu menentang ICERD..cepat2 LGE membuat statement bahawa isu ini diserahkan ke Tun M. Mengapa harus baling batu sembunyi tangan..gentlemen lah sikit. 
Seperti biasa Tun M akan salahkan orang lain..mencari "scape goat". Kali ini Zahid Hamidi yg jadi mangsa...katanya memancing emosi org2 Melayu. KALAU anda mengikuti Tun M dari tahun 1980 anda akan tahu sifatnya yg.tidak pernah mengaku salah.....Baling Batu Sembunyi Tangan.

Sy melihat semua mereka agak keteteran dalam menangani isu ini. Sbb itu perbahasan diparlimen tidak ada sesiapa dari PH yg membela W.Moorti apabila beliau dibalun oleh YB Pembangkang. Siapa buka mulut pasti akan menerima padah bukan diDewan tapi dari Umat Islam Melayu yg menjadi Majoriti dari penduduk Malaysia.

LGE,DAP dan PH harus ingat bukan semua orang Melayu boleh dikasi dedak....cuma 26% sahaja dan itulah yg menyebabkan PH menang dgn 30% undi Non Muslim. Dan dari 26% itu bukan semuanya pengundi tegar PH..majoriti memilih PH kerana mahukan perubahan dari kesempitan hidup dgn kos sara hidup yg tinggi, janji manis manifesto dan fitnah yg dimainkan oleh PH sendiri.

Walaupun menang disemua PRK bukan menjadi ukuran untuk DAP campur tangan dalam urusan agama Islam dan budaya Melayu.

Sy melihat bukan PAS dan UMNO sahaja tetapi anak2.muda, NGO2 Islam dan PAKEDA juga turut bersuara..
Inilah yg amat menakutkan LGE dan DAP...faktur ini juga menyebabkan DSAI panik terpaksa membuat statement yg lembut supaya kerusi M1 bisa diamankan. Bak.kata2 teman di Indonesia PH hari "kebakaran jenggot" dalam menangani isu kebangkitan Umat Islam Melayu yg mereka mulakan dgn isu ICERD dan Video W.Moorti.

Lebih banyak pimpinan PH bersuara akan bertambah gawat lagi suasana....

Ini isu anugerah Allah kepada umat Islam di Malaysia seperti kecoplosan AHOK yg menyatakan jangan mahu dibohongi oleh surah Al Maidah ayat 51. Isu inilah yg mematikan karier politik AHOK dan beliau kalah di pemilihan Gabenor Jakarta. Gelombang kebangkitan Umat Islam tidak berhenti di Jakarta bahkan terus hidup sehingga PDIP dan JOKOWI yg menjadi pembela Islam liberal ditumbangkan dalam PELIEG DAN PILPRES 2019 mendatang.

Saya berpendapat ISU ICERD dan Video Wayta Moorti akan menjadi "killer issues" dalam menumbangkan PH pada PRU15. Kecuali kalau Melayu mudah lupa dan diam dgn habuan dedak.


Bersatulah Umat Islam..
Biarlah Islam memimpin Insya Allah keadilan dapat ditegakkan keatas semua kaum dan agama.

Sesungguhnya kami tidak rasis.Anda sendiri telah merasakan hidup harmoni bersama kami lebih dari 60 tahun. 

Game ini anda yg mulakan dan bukan kami...PH yg mulakan bukan kami orang Melayu Islam.

Allahu akhbar.. 
Allahu akhbar... 
Allahu akhbar...

Abu Izzat Al Fateh
Sg. Udang
19/11/18.



Dari Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak - Mantan PM6
20 November 2018
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10155721236655952&id=157851205951



ICERD

Ketika pentadbiran BN, satu jawatankuasa pernah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Teknikal ICERD di Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional di bawah jabatan Perdana Menteri pada tahun 2011.

Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji akan kesesuaian dan kesediaan Malaysia bagi meratifikasi atau menandatangani konvensyen ICERD.

Kajian juga dilakukan sekali lagi pada tahun 2015.

Hasil dari kajian-kajian itu, kerajaan BN berpendirian untuk tidak meneruskannya kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara dan kontrak sosial yang dicapai semasa pertubuhan negara.

Kedua-duanya ini adalah tiang asas kepada negara.

Kita berpendapat ianya masih belum sampai masa dan masih lagi tidak sesuai untuk negara meratifikasi ICERD.

Justeru, kerajaan BN tidak pernah memutuskan ataupun mengumumkan bahawa kita akan menandatangani ICERD.

Malah, tanpa ICERD, kerajaan BN masih dapat menjaga kepentingan dan hak-hak semua kaum di negara kita ini.

Kita masih boleh memastikan keadilan dan keseimbangan dalam perkongsian kekayaan negara dan memastikan usaha itu bersifat inklusif untuk semua.

Hari ini, saya berpendirian bahawa jika ramai masih tidak boleh menerima ratifikasi ICERD dan ketegasan kerajaan PH untuk menandatanganinya telah mencetus keresahan dan kemarahan ramai rakyat Malaysia, maka keputusan untuk meratifikasi ICERD patut dihentikan.

Saya berpendapat buat masa ini, adalah lebih baik dan lebih afdal untuk kerajaan PH memberi tumpuan kepada ekonomi yang semakin menurun serta tenat daripada meneruskan usaha untuk ratifikasi ICERD.

Ekonomi yang tidak baik akan menyumbang kepada keresahan dan kemarahan masyarakat dan bakal mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Kementerian Perpaduan sepatutnya membina perpaduan dan bukan memecahkan perpaduan dan harmoni kita.

Saya juga minta rakyat Malaysia untuk bersabar dan perlu meletakkan perpaduan kita sebagai keutamaan agar kita dapat kekalkan keharmonian yang kita miliki hari ini.

#KekalkanSemangat1Malaysia