Pages

BAGAIMANA NAK MELABUR DI RAIZ MALAYSIA ?

RAIZ MALAYSIA  

APLIKASI MUDAH ALIH PELABURAN MIKRO. 

CARA MUDAH MELABUR SERENDAH RM5 MELALUI ONLINE BANKING - KAD DEBIT SEMUA BANK DI MALAYSIA

RAIZ DI BULETIN TV3

KLIK VIDEO DI BAWAH


RAIZ FAQ - Soalan Lazim


1]. Apa itu Raiz? 

Raiz merupakan aplikasi perkhidmatan kewangan yang membantu anda menyimpan dan melabur. Kami membolehkan rakyat Malaysia mula menyimpan dari awal, melabur dengan kerap, dan mencapai matlamat kewangan. Raiz Malaysia merupakan usaha sama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Raiz Invest Australia Limited. Di Australia, Raiz tersenarai di bursa saham dan mempunyai lebih daripada 200,000 pelanggan aktif sejak 2016.

2]. Bagaimana Raiz berfungsi?

Raiz membantu anda melabur dalam jumlah yang kecil secara automatik di dalam portfolio yang terdiri daripada dana-dana unit amanah.

Satu ciri utama ialah pembundaran; kami membundarkan setiap transaksi pembelian harian anda kepada Ringgit yang seterusnya. Duit baki yang tersedia kemudiannya akan dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan anda. Pastikan anda telah menghubungkan kad debit di Akaun Perbelanjaan.

Selain pembundaran, anda juga boleh membuat pelaburan sekaligus dengan memasukkan sebarang jumlah yang diinginkan pada paparan “Labur” dalam aplikasi Raiz. Anda juga boleh menetapkan pelaburan berkala seperti harian, mingguan, setiap dua minggu atau bulanan. 

3]. Apa yang membuatkan Raiz berbeza?

Portfolio pelaburan peribadi, tiada jumlah minimum untuk akaun, tiada komisen, dan pelaburan pecahan (fractional investing) - semuanya ada di dalam poket anda. Raiz ingin menjadikan pelaburan lebih mudah diakses oleh semua orang, dan pada masa yang sama, memberi anda suatu perkhidmatan yang memudahkan simpanan dan pelaburan.

4]. Apa yang perlu saya lakukan?

Selepas anda memuat turun aplikasi percuma Raiz, langkah yang perlu anda ikut untuk memulakan pelaburan adalah:

  i. Set Akaun Perbelanjaan anda untuk memantau perbelanjaan dan peluang pembundaran.

 ii. Set Akaun Pembiayaan anda untuk membiayai semua pelaburan anda

iii. Set Akaun Pengeluaran anda untuk menerima duit semua pengeluaran anda 

5]. Apa yang terlibat dalam proses pendaftaran?

Kami telah memastikan proses pendaftaran begitu mudah sekali. Hanya masukkan alamat e-mel anda, pilih kata laluan selamat, hubungkan Akaun Perbelanjaan, Akaun Pembiayaan dan juga Akaun Pengeluaran, dan jawab beberapa soalan mengenai diri anda. Setelah selesai, kami akan mengesahkan akaun anda secepat mungkin. 

6]. Apakah pengesahan akaun? 

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 mewajibkan institusi seperti Raiz mengenal pasti dan mengesahkan identiti pelanggan. Oleh itu, kami meminta beberapa maklumat asas (nama penuh, alamat rumah, dll.) untuk pengesahan akaun anda. Kami akan mengesahkan akaun anda secepat mungkin setelah mendapat maklumat ini. Oleh itu, sangat penting anda memasukkan maklumat dengan tepat. Sekiranya kami menghadapi masalah untuk mengesahkan maklumat anda, kami akan menghubungi anda.

Harap maklum bahawa wang anda tidak akan dilaburkan sehingga identiti anda disahkan.

Raiz akan melindungi setiap maklumat yang anda berikan dan prosedur kami adalah selari dengan Dasar Privasi kami.

7]. Apakah syarat umur minimum untuk membuka akaun?

Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan warganegara Malaysia untuk membuka akaun dengan Raiz.

8]. Adakah sebarang jumlah pelaburan minimum diperlukan untuk membuka akaun?

Tiada, Raiz tidak mempunyai syarat baki akaun minimum untuk membuka akaun, tetapi untuk melabur ke dalam portfolio yang disyorkan, pelaburan anda mestilah berjumlah sekurang-kurangnya RM5. Ini juga dilakukan dengan mudah melalui proses pembundaran kami; setiap kali anda membuat pembelian, jumlah pembundaran tersebut akan terkumpul sehingga mencapai had RM5.

9]. Apa yang berlaku jika saya memadam aplikasi Raiz dalam peranti saya, atau menggunakan telefon baharu?

Raiz beroperasi di “cloud” dan akaun dan pelaburan anda selamat walaupun anda memadam aplikasi tersebut atau menggunakan telefon atau peranti baharu. Apabila anda log masuk dari peranti baharu, amaran keselamatan akan dihantar kepada e-mel anda.

Pembundaran automatik dan simpanan berkala anda masih akan diproses walaupun aplikasi Raiz belum dimuat turun ke telefon baharu.

10]. Bolehkah saya menutup akaun saya pada bila-bila masa?

Ya, anda boleh meminta untuk menutup akaun anda pada bila-bila masa melalui aplikasi Raiz. Klik Menu, pergi kepada Tetapan Saya > Sokongan > Tutup Akaun.

Akaun Pembiayaan dan Akaun Perbelanjaan akan dinyahpautkan, dan baki di dalam akaun Raiz anda akan kami masukkan ke dalam Akaun Pengeluaran anda. Pada kebiasaannya, pemindahan wang ke Akaun Pengeluaran anda akan mengambil masa 4 hari bekerja.

Harap maklum bahawa penutupan akaun hanya akan selesai apabila semua transaksi akaun anda telah selesai diproses.

Anda juga boleh menghantar e-mel kepada help@raiz.com.my atau menghubungi kami di +60327146114 untuk bantuan penutupan akaun.

Sila ambil perhatian bahawa memadam aplikasi Raiz daripada telefon anda tidak dianggap menutup akaun anda.

11]. Bagaimana portfolio pelaburan saya ditentukan?

Jawapan yang anda berikan semasa proses pendaftaran akan digunakan untuk menentukan profil risiko anda. Algoritma yang digunakan oleh Raiz kemudian akan mencadangkan portfolio pelaburan yang sesuai berdasarkan profil risiko anda.

Terdapat 4 portfolio yang terdiri daripada Conservatif (berisiko rendah), Moderate (risiko sederhana), Aggressive (berisiko tinggi), dan Portfolio Bolehubah (Custom Portfolio) - sila rujuk Perjanjian Pembukaan Akaun untuk maklumat lebih lanjut.

12]. Apakah portfolio pelaburan saya? Apa yang saya miliki?

Portfolio pelaburan anda terdiri daripada dana unit amanah. Dana dalam portfolio anda mungkin merangkumi kelas aset seperti bon, saham, tunai dan komoditi.

Pemegang unit tidak mempunyai pegangan sekuriti dalam portfolio secara langsung. Pemilikan dana dibahagikan kepada unit yang layak. Apabila nilai dana meningkat atau menurun, nilai setiap unit juga akan meningkat atau menurun sewajarnya. Jumlah unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dan jumlah wang yang dilaburkan.

13]. Bolehkah saya menukar portfolio saya?

Ya. Sekiranya anda berubah fikiran pada bila-bila masa, anda mempunyai pilihan untuk beralih kepada portfolio yang belum pernah disyorkan kepada anda. Oleh sebab setiap portfolio mempunyai tahap risiko yang berlainan, sila maklum bahawa anda mungkin terdedah kepada risiko yang berada di bawah atau di atas toleransi risiko anda jika anda menukar portfolio. Portfolio baharu anda akan ditukar dalam masa 7 hari bekerja. Tiada bayaran akan dikenakan untuk pertukaran portfolio.

14]. Bolehkah saya melabur dalam saham individu, bon atau sekuriti lain pilihan saya melalui Raiz, atau tidak memilih pelaburan Raiz?

Anda tidak boleh memilih untuk melabur terus dalam mana-mana dana unit amanah dalam portfolio Raiz, atau saham, bon atau sekuriti dalam dana unit amanah tersebut. Anda juga tidak mempunyai pilihan untuk melabur dalam saham, bon, atau sekuriti atau mata wang lain.

15]. Adakah terdapat risiko dalam pelaburan saya?

Ya. Sekuriti yang anda miliki tertakluk kepada turun naik pasaran. Inilah sebabnya mengapa kami menyokong matlamat pelaburan jangka panjang. Untuk maklumat lanjut mengenai metodologi pelaburan kami dan risiko yang berkaitan dengan setiap pelaburan, sila rujuk bahagian yang berkaitan dalam Perjanjian Pembukaan Akaun di laman web kami.

16]. Apa itu unit Amanah?

Unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur dengan objektif pelaburan serupa menggembleng dana mereka untuk dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset-aset lain.

17]. Apakah pengimbangan semula automatik?

Pengimbangan semula automatik ialah kaedah Raiz untuk mengekalkan peruntukan portfolio khusus anda. Turun naik pasaran boleh menyebabkan sebahagian sekuriti dalam portfolio anda meningkat atau menyusut nilai. Apabila ini berlaku, kami menggunakan pengimbangan semula automatik untuk mengembalikan portfolio anda kepada peruntukan asal yang ditentukan. Ini memastikan sekuriti dalam akaun pelaburan anda dibahagikan dengan betul.

18]. Bagaimana Raiz mengimbangkan semula portfolio saya?

Raiz mengimbangi semula portfolio anda secara automatik semasa anda melabur. Setiap kali anda menyimpan atau mengeluarkan danapelaburan, kami menyesuaikan bahagian dana unit amanah yang dibeli kepada peruntukan portfolio sasarannya.

Kami juga mengkaji secara berkala, biasanya setiap bulan, dan mengimbangkan semula portfolio anda setiap kali peratusan pemegangan satu atau lebih dana turun naik sebanyak 5% di atas atau di bawah peruntukan sasarannya. Kami menjual dana yang mempunyai peruntukan yang terlebih (overrepresented) dan menggunakan hasil jualan tersebut untuk membeli dana yang terkurang (underrepresented) untuk memastikan portfolio anda mencapai peruntukan sasaran.

Pengimbangan semula juga berlaku setiap kali anda meminta untuk menukar portfolio anda. Kami menyesuaikan peruntukan setiap dana agar bersesuaian dengan profil risiko yang baharu. Kami menjual dana yang mempunyai peruntukan terlebih dan menggunakan hasil untuk membeli dana yang terkurang untuk menjadikan portfolio anda sesuai dengan peruntukan sasaran baharunya. Pengimbangan semula ini berlaku dalam masa 7 hari bekerja daripada permintaan pertukaran portfolio dibuat.

19]. Adakah saya akan mendapat agihan pendapatan daripada portfolio saya?

Ya! Agihan pendapatan anda akan dilaburkan semula secara automatik dalam portfolio anda. Anda boleh melihat sejarah pengagihan pendapatan anda melalui aplikasi Raiz.

20]. Bila saya mendapat dividen?

Dana-dana unit amanah yang membentuk portfolio anda mengagihkan dividen, jika ada, mengikut budi bicara dan juga pada jadual yang berbeza-beza.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dana-dana tersebut seperti tahun kewangan berakhir dan sejarah pengagihan pendapatan, sila rujuk prospektus dana-dana tersebut yang boleh didapati di lawan web mereka, atau hubungi kami.

21]. Bagaimana saya membatalkan transaksi yang belum selesai?

Deposit yang telah dimulakan tidak boleh dibatalkan. Anda boleh mengeluarkan wang anda sebaik sahaja ia dilaburkan dan dinyatakan dalam Akaun Pelaburan Raiz anda.

Untuk membatalkan pengeluaran yang belum selesai, kunjungi tab “Past” di halaman utama dan cari transaksi yang ingin anda batalkan. Pilih transaksi yang belum selesai dan tekan butang “Cancel transaction” untuk menghentikan transaksi tersebut. Sila maklum bahawa setelah tempoh tertunda selesai, anda tidak boleh membatalkan transaksi kerana unit-unit anda telah terjual dan sedang dalam proses ke Akaun Pengeluaran anda.

22]. Adakah Raiz patuh Shariah?

Sila baca penerangan kami di sini mengenai perkara ini.

https://raiz.com.my/blog/melabur-dalam-raiz-patuh-syariah-ke 

23]. Bolehkah saya mengeluarkan wang saya bila-bila masa saya mahu?

Ya. Hanya pergi ke app dan klik "Withdraw”. Duit anda akan masuk di dalam akaun bank anda (Akaun Pengeluaran) dalam masa sehingga 4 hari bekerja.

24]. Berapa lama masa diambil untuk deposit saya dilaburkan dan dapat dilihat pada aplikasi Raiz?

Ianya akan mengambil masa sehingga 4 hari bekerja untuk deposit anda dilaburkan dan dapat dilihat dlm aplikasi Raiz. Transaksi ini akan ditunjukkan sebagai "processing" ketika di dalam proses ini.

25]. Berapa jumlah deposit terbanyak yang boleh saya laburkan pada satu masa?

Anda boleh melaburkan sehingga RM20,000 pada satu masa, tertakluk kepada Had Pembelian maksimum kad debit bank anda.

26]. Berapa had pengeluaran yang boleh dikeluarkan pada satu masa?

Tiada had. Walau bagaimanapun, minimum pengeluaran adalah RM5.

27]. Bagaimana saya membatalkan transaksi pelaburan / pengeluaran saya?

Anda boleh membatalkan transaksi pelaburan anda yang baru dibuat dalam beberapa minit pertama setelah ianya dilakuakn. Pergi ke app, klik "Past", klik pada transaksi tersebut, dan klik "Cancel".

Sekiranya deposit tersebut telah dikeluarkan dari bank anda, anda masih boleh membatalkannya pada hari yang sama, tetapi anda perlu menghubungi Kihidmat Pelanggan kami untuk melakukannya.

Untuk membatalkan transaksi pengeluaran yang masih “pending”, pergi ke app, klik "Past", klik pada transaksi tersebut, dan klik "Batal".

Harap maklum bahawa setelah pengeluaran diproses, anda tidak dapat membatalkannya kerana unit anda telah dijual dan dalam perjalanan ke akaun bank anda (Akaun Pengeluaran atau “Withdrawal Account”).

28]. Bolehkah saya menukar Akaun Pembiayaan saya?

Ya. Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk melakukannya.

29]. Bolehkah saya menukar Akaun Pengeluaran (Withdrawal Account) saya?

Ya. Anda boleh menukar Akaun Pengeluaran melalui aplikasi Raiz anda. Hanya pergi ke Tetapan Saya > Akaun Pengeluaran

Harap maklum bahawa mengubah Akaun Pengeluaran memerlukan kami melakukan pengesahan semula akaun anda, dan ini mungkin mengambil waktu hingga 2 hari bekerja. Sehingga itu, anda tidak boleh melakukan sebarang pengeluaran.

30]. Mengapa transaksi saya dipaparkan “failed”?

Ini mungkin disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi atau anda telah melebihi had pembelian maksimum kad debit anda. Sekiranya transaksi dipaparkan “failed”, tidak ada caj yang dikenakan atas kad bank anda. Kami menasihatkan anda menghubungi bank anda bagi mengetahui mengenai transaksi yang gagal.

31]. Adakah Raiz menyimpan maklumat kad bank saya dalam pelayan mereka?

Harap maklum bahawa kami tidak menyimpan maklumat kad anda. Kami memandang serius keselamatan data kad, dan kami tidak mempunyai akses kepada maklumat kad anda. Kami menggunakan Infinitium (https://www.infinitium.com/) untuk mengendalikan maklumat kad dengan selamat. Infinitium adalah penyedia perkhidmatan yang mematuhi Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran Tahap 1 yang disahkan.

32]. Apakah bank dan kad yang boleh saya pautkan kepada akaun Raiz saya?

Untuk Akaun Perbelanjaan, buat masa ini, anda hanya boleh memautkan;

~ kad debit Maybank

Untuk Akaun Pembiayaan, anda boleh menghubungkan;

~ kad debit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank di Malaysia

33]. Bagaimana untuk saya melindungi akaun Raiz saya?

Kami mengesyorkan anda melindung akaun Raiz anda dengan selalu log keluar setelah digunakan. Malah, kami melakukan log keluar anda secara automatik daripada aplikasi dalam satu tempoh tidak aktif dan meminta anda memasukkan kod laluan anda untuk kembali aktif. Selain itu, anda harus memilih kata laluan yang sukar diteka dan menyimpannya di lokasi yang selamat.

34]. Akaun saya telah dikunci kerana aktiviti mencurigakan. Bagaimana saya membuka kunci?

Untuk keselamatan anda, kami meminta anda menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami untuk membuka akaun anda yang terkunci. Sila maklum bahawa prosedur ini memerlukan pengesahan beberapa maklumat peribadi. Sila kunjungi bahagian bawah halaman ini untuk menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami.

35]. Adakah saya perlu membayar cukai daripada hasil yang saya peroleh melalui akaun Raiz saya?

Pendapatan hasil faedah unit amanah, secara umum, dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pelabur yang menerima pengagihan pendapatan yang dikecualikan cukai tersebut tidak akan dikenakan cukai pendapatan.

Keuntungan daripada pelupusan pelaburan dana unit amanah tidak dikenakan cukai. Pengagihan keuntungan daripada pelupusan tersebut dikecualikan cukai di tangan pemegang unit.

Keuntungan yang direalisasi oleh pelabur atas penjualan unit amanah juga dikecualikan cukai.

Pendapatan dividen yang diterima oleh dana dikenakan cukai, dan pelabur menerima pengagihan pendapatan setelah cukai.

36]. Bagaimana Raiz menjana wang?

Muat turun Raiz adalah percuma. Setelah akaun dibuka, tidak ada fi pada baki RM0 dan selepas itu kami hanya mengenakan caj RM1.50 sebulan untuk akaun dengan baki di bawah RM6,000 dan 0.30% setahun (dicajkan secara bulanan, dikira setiap hari), untuk akaun dengan baki RM6,000 ke atas.

37]. Bagaimana dan bilakah Raiz mengenakan fi?

Fi akaun bulanan Raiz adalah sebanyak RM1.50 jika Akaun Pelaburan Raiz anda mempunyai nilai kurang daripada RM6,000 pada hari terakhir sesuatu bulan. Bayaran ini adalah untuk menampung kos pengurusan Akaun Pelaburan Raiz anda. Fi tersebut akan dicajkan ke kad debit yang diset sebagai Akaun Pembiayaan anda. Sekiranya kami tidak berjaya mengecaj fi akaun daripada Akaun Pembiayaan anda, kami mungkin akan mengecajnya kepada Akaun Pelaburan Raiz anda dengan menjual unit yang bersamaan dengan fi akaun yang tertunggak.

Sekiranya Akaun Pelaburan Raiz anda mempunyai nilai RM6,000 dan ke atas, fi Raiz adalah 0.025% sebulan daripada baki Akaun Pelaburan Raiz yang akan dicaj ke atas Akaun Pelaburan Raiz anda.

38]. Adakah terdapat bayaran pengeluaran?

Tiada. Pemindahan wang masuk dan keluar daripada akaun Raiz anda adalah percuma.

39]. Adakah saya akan dikenakan caj fi sekiranya saya mempunyai baki RM0?

Tidak, tidak ada fi dikenakan untuk baki RM0.



BERTINDAK BIJAK SEKARANG ! 

MENABUNG DAN MELABUR BIJAK HANYA DI RAIZ MALAYSIA

Menyimpan dan Melabur tidak perlu rumit, anda boleh mula awal dan merancang laluan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Jom melabur mikro dengan Raiz. Ganjaran HEBAT Menanti anda dan pastinya RM5 diberi PERCUMA selepas pendaftaran anda berjaya dan lengkap.. 

Klik Di Sini ~ https://app.raiz.com.my

ATAU di HP anda ~ MuatTurun RAIZ APP & DAFTAR 

https://links.raiz.com.my


RAIZ MALAYSIA SDN BHD dilesenkan oleh Securities Commission Malaysia (License No. eCMSL/A0363/2020).