Pages

Bagaimana Sports Toto dimiliki sepenuhnya olen Vincent Tan

Dipetik dari Hantaran FB DSNR

Ada yang tanya tadi tentang Sports Toto.



Sports Toto ini dimulakan pada tahun 1969 oleh kerajaan untuk menyumbang dana bagi kemajuan sukan, budaya dan belia negara.

Lalu, PM4 pun swastakan 70% kepentingan Sports Toto pada tahun 1985 kepada Vincent Tan tanpa tender.

Apabila ditanya kenapa tiada tender, PM4 jawab dalam parlimen bahawa idea untuk diswastakan datang dari Vincent.

Sebab itu, ianya tidak adil untuk menjualnya sebagai tender. (Ya, PM4 memang jawab macam itu masa itu)

Pada tahun 1992, baki 30% saham milik kerajaan juga dijual kepada Vincent.
https://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-retires-berjaya-corp-0

Dari tahun 1985 ianya diswastakan ke tahun lepas, jumlah nilai Sports Toto naik hampir 12,000% manakala keuntungan naik ke hampir RM500 juta setiap tahun.

Pada tahun 1987, PM4 buat lagi.

Dia memberi lesen tanpa proses tender untuk judi lumba kuda melalui panggilan telefon dan dipremis luar Turf Club kepada Vincent Tan.

Namun, bisness itu tak berjaya dan lesen diserah kembali kepada kerajaan pada tahun 1989.

Beberapa bulan sebelum PM4 bersara kali pertama tahun 2003, dia keluarkan lesen judi lumba kuda sekali lagi tanpa tender kepada Vincent. Kali ini, lesen tidak dihadkan untuk lumba kuda lagi tetapi untuk pelbagai jenis sukan termasuk judi bola. (Tapi lesen ini dihentikan Pak Lah tahun kemudian)