Pages

STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA PADA 27 JUN 2020

COVID-19, 27 Jun 2020:

Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah di kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) adalah seperti berikut:
  • Selangor: satu (1) kes saringan pra pembedahan;
  • Kuala Lumpur: tiga (3) kes daripada saringan pelajar tahfiz.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia (2 kes) adalah seperti berikut:
  • Negeri Sembilan: satu (1) kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap;
  • Sabah: satu (1) kes saringan tempat kerja kontraktor.

 

Sumber / Kredit :
Majlis Keselamatan Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia