Menonton Wayang Dalam Kereta Sahaja
Walaupun Kerajaan Malaysia telah membenarkan pawagam-pawagam dibuka bermula pada 1 julai 2020 lepas, masih terdapat S.O.P yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia antaranya tidak boleh membawa kanak-kanak dan duduk jarak diantara kerusi amatlah tidaklah digemari oleh segelintir kaki wayang.
Dengan adanya konsep ini, kaki-kaki wayang boleh menonton bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pengalaman yang baru dan menyeronokkan. Konsep ini telah kali pertama dipopularkan pada tahun 1933 di Amerika Syarikat. Thailand adalah negara asia tenggara pertama yang telah memperkenalkan konsep ini dan ianya mendapat sambutan yang baik disana.
Buat masa ini, Syarikat M-Junction masih lagi tidak memberitahu dimanakah lokasi dan filem yang bakal ditayangkan nanti.
Sebarang maklumat lanjut anda boleh menghantar email ke https://mjunction.my untuk senarai menunggu.
MJunction - Malaysia's 1st Drive In Cinema
Sumber : Suara.TV