Sebanyak 294,000 kes harian COVID-19 dunia dicatatkan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding sebelumnya iaitu 287,000 kes. Jumlah kes dunia pada masa kini adalah lebih kurang 17.5 juta kes.
Kes harian bagi negara Amerika Syarikat dan Brazil menunjukkan penurunan iaitu masing-masing 67,000 kes dan 58,000 kes namun bagi negara India menunjukkan peningkatan kes harian iaitu 55,000 kes.
Kadar kesembuhan dunia pada masa kini meningkat kepada 61.5% atau 10.8 juta kes berbanding sebelumnya 61.2% atau 10.5 juta kes.