Pages

5 KES COVID-19 DI MALAYSIA PADA 6 JULAI 2020

Kenyataan Akhbar KPK 6 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 11 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,476 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 6 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,668 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 71 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/07/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/