Pages

KES COVID-19 DI MALAYSIA PADA 22 JULAI 2020

 Kenyataan Akhbar KPK 22 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,566 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 22 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 16 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,831 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 142 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com