Pages

STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA PADA 17 JULAI 2020

Terkini #covid19malaysia,
Pada 17 Julai 2020



Kes sembuh= 3
Jumlah kes sembuh= 8,541
Kes positif= 18
(kes import=10, kes tempatan=8)
Jumlah positif= 8,755
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 122
Kes dirawat di ICU= 3
Bantuan Alat Pernafasan= 0

Kenyataan Akhbar KPK 17 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,541 kes (97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 17 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,755 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 92 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tujuh (7) orang warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja. Daripada lapan (8) kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com