Pages

STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA PADA 18 JULAI 2020

Status terkini COVID-19 setakat 18 Julai 2020

Jumlah discaj baru: 5
Jumlah kumulatif discaj: 8546 (97.5%)

Jumlah kes baru; 9
Jumlah kumulatif: 8764
Jumlah kes aktif: 96

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 122 (1.39%)

Jumlah kes di ICU: 1
Pesakit intubated: 0

Kenyataan Akhbar KKM Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19, 18 April

- 5 kes sembuh
- 9 kes baharu (5 tempatan, 4 import)
- 1 kluster baharu dilaporkan, Kluster Stutong (2 kes)
- 2 kluster ditamatkan, Kluster Pusat Penjagaan Warga Emas Kuala Selangor dan Kluster Lanjut

Seperti yang dimuatnaik dalam status di laman media sosial Ketua Pengarah Kesihatan pada 18 Julai 2020, kesemua 96  orang telah dibawa pulang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Membawa Rakyat Malaysia Pulang dari New Delhi, India adalah dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

Ini termasuk 72 lelaki dan 24 perempuan dengan pecahan 92 dewasa dan empat (4) kanak-kanak. Ini susulan saringan kesihatan oleh petugas kesihatan yang bertugas di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Swab sampel Nasopharyngeal telah diambil di Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk ujian makmal pengesanan COVID-19 bagi 88 orang (lapan (8) orang ahli keluarga petugas kedutaan telah menjalankan ujian sebelum berlepas di India dan didapati Negatif COVID-19).

Semua mereka ditempatkan dalam pusat pengawasan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, Enstek, Nilai untuk tempoh selama 14 hari. Kuarantin mandatori selama 14 hari ini dijalankan di pusat pemantauan yang ditetapkan, dan bukan sebagai Home Surveilance Order, dengan mengambil kira kumpulan ini telah kembali dari negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan Pandemik COVID-19.

Pemantauan kesihatan dilakukan oleh petugas-petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan. Saringan kesihatan akan dibuat dua kali sehari bagi memastikan mereka ini benar-benar sihat dan boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan ini.

KKM akan terus memantau aspek kesihatan mereka dan memaklumkan umum dari semasa ke semasa.