Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,520 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga 13 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,725 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 83 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja). Satu (1) kes penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI Novgorod.
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com