Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 62 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,437 kes (97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga 2 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,643 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah kurang daripada 100 kes, iaitu 85 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada tiga (3) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Beliau adalah merupakan warganegara Malaysia. Kedua-dua kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia dilaporkan pada hari ini.
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/07/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/