Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,375 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga 1 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,640 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 144 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan bahawa satu (1) kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-1-julai-202…/